was posted at 03:42 with 0 comments
 Tibe2 aku rasa nak buka laman usang dan sawang nie . Aku baru keringat , ade 2 yg berbeza . Oh ya disini aku jadikan isi luahan hati , yg lg 1 hanya suka tiada duka . Yg itu lebih ramai yg tahu dari yg ini . Satu persatu aku buka .. Satu persatu aku baca .. Satu persatu aku mengimbau dan satu persatu air mata aku jatuh ke bumi . Aku terlalu rindu . Tapi ...

Tipu tiada rindu . Tiap malam aku terngiang . Tiap bangun aku termenung . Tiap buat aku terbayang .. Tipu juga tiada rasa sakit yg menusuk nusuk didalam hati . Sakit yg aku sendiri tak dapat nak jelaskan rasa itu . Tipu juga tiada rasa ingin kembali . Rasa yg membuat aku gusar . Rasa yg membuat aku gelisah . Rasa yg membuat aku tak senang .. Tipu juga tiada dendam didalam diri . Dendam pada manusia yg memperbodohkan diri ini . Dendam pada manusia perampas segalanya . Dendam pada manusia dicintai yg telah buat diri ini macam patung yg tiada perasaan ..

Jujur ? Ya aku jujur pada mereka yg aku tidak suka . Maaf ? Ya aku telah memohon maaf pada mereka yg aku tidak suka .. Cerita  ? Ya aku buka sebab aku hilang kawalan diri . Sbb aku terlalu sayang dan ketakutan menguasai diri aku masa itu .   Cerita baik atau buruk ?? Pasti aku berfikir dahulu sebelum bertindak . Manusia mengatakan aku seperti anging yg menyalak , seperti manusia yg mengejar"desprate" .. Ya betul , kerana aku terlalu sayang dan ketakutan menguasai aku . 

Salah ? Ya salah aku kerana menyayangi dan mengutamakan manusia lain dari keluarga . Ya salah aku kerana meletakkan dia yg bukan siapa siapa paling tertinggi dalam carta hidup aku . Terlalu sanjung , terlalu hormat , terlalu utama , terlalu penting walhal ada yg paling disanjungi , paling dihormati , paling utama dan paling penting , KELUARGA .. Entah laa , mungkin ini yg DIA mahu tunjukkan pada diri ku .. DIA yg mengaturkan segalanya . Baik atau buruk semua ketentuan nya . Aku takboleh menolak kemahuanNYA , aku cuma boleh berusaha menjadi hambaNya yg paling terbaik .. Allah hu rabbi . 

Sampai bila airmata ini mahu berhenti sepenuhnya ? Sampai bila hati ini nak menunggu sesuatu yg sudah bukan miliknya lagi ?? Sampai bila keadaan begini akan terus terjadi ?? Sampai bila kisah aku begini ?? Aku manusia jahil , yg terlalu sayang akan satu hambaNya . Jahil dalam pemikiran . Jahil sehingga tidak memikirkan yg perlu diutamakan dan sehingga memakan diri sendiri . Subahanallah . Jahil nya diri ini . 

Bak kata pepatah , sesal kemudian tiada guna . Terus kan hidup . Ya teruskan hidup . Kalau mahu perlakukan sama mudahnya seperti berkata kata , dah lama aku buat . People see what they look , but they never know the feel .. Berkata kata mmg mudah .. Sgt .. Tapi kata kata sendiri boleh membunuh manusia .. 

Love,
nbd